Wednesday, August 10, 2011

BERWASPADA DENGAN BAHAYA DI RUMAH

Rumah sepatutnya merupakan sebuah tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Namun, rumah tidak lari daripada mempunyai pelbagai risiko yang boleh mendatangkan kecederaan kepada penghuninya, sama ada di dalam atau di luar kawasan rumah.
Kebanyakan kemalangan dan kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak di rumah sebenarnya dapat dielakkan jika perkara penting berkaitan aspek keselamatan diambil berat dan diberi perhatian.
Ketidakupayaan kanak-kanak berfikir seperti orang dewasa menyebabkan, perkara yang pada pandangan ibu bapa tidak berbahaya, menjadi bencana yang boleh membawa kecederaan, kecacatan kekal dan lebih teruk lagi maut kepada kanak-kanak.
Apa yang dimaksudkan kecederaan?
Kecederaan adalah seperti jatuh, keracunan, lemas, terbakar, melecur, tercekik dan terkena kejutan elektrik.
Namun, kecederaan yang kerap berlaku di rumah ialah kebakaran, jatuh dan melecur.
Jenis kecederaan
Jatuh - anak yang jatuh dari ketinggian dua atau tiga kaki (0.6 hingga 0.9 meter) boleh cedera teruk. Antara kawasan berbahaya yang boleh menyebabkan kanak-kanak jatuh ialah tangga, tingkap dan beranda. Ibu bapa mesti sentiasa berwaspada dan memberi perhatian kepada prinsip yang boleh mengelakkan kecederaan.
Keracunan - minyak tanah, ubat-ubatan, cecair membasuh rumah, alat solekan dan ubat membunuh tikus adalah racun yang sering termakan oleh kanak-kanak. Semua racun ini boleh mengakibatkan maut. Apabila anak pandai berjalan, mereka akan cuba makan apa saja yang di jumpa mereka termasuk racun. Oleh itu, ibu bapa mesti memastikan rumah mereka selamat untuk anak-anak mereka.
Lemas - kebanyakan kanak-kanak yang mati lemas di Malaysia berlaku ketika mereka berenang atau jatuh ke dalam sungai, kolam air dan laut. Adakalanya mereka lemas kerana diabaikan di dalam bilik mandi. Ibu bapa mesti berwaspada dan memahami bahawa seorang kanak-kanak boleh lemas apabila dibiarkan seketika saja walaupun air pada paras 6 sentimeter saja
Kebakaran dan melecur - kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini memerlukan rawatan di hospital. Ini kerana melecur biasanya membabitkan kawasan kulit yang besar. Anak yang kecil sering melecur akibat tercurah cecair panas manakala anak yang lebih besar sering terbakar akibat bermain api. Kebanyakan kes melecur di rumah berlaku di dapur.
Bahaya di dalam rumah
Bilik Tidur
o Selalunya dianggap sebagai tempat yang paling selamat
o Selalu memeriksa benda-benda yang terdapat di atas katil seperti bantal dan selimut. Ini dapat mengurangkan kejadian lemas pada kanak-kanak semasa tidur.
o Bilik tidur yang mempunyai peralatan elektrik seperti televisyen perlu diberi perhatian.
Bilik mandi
o Awasi anak anda semasa mandi di dalam tab mandi atau menggunakan air dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun paras air yang hanya sedalam 5 cm
o Pisau cukur (manual atau elektrik) dan juga bahan kimia yang boleh menyebabkan kecederaan perlu disimpan dengan betul sekiranya tidak digunakan.
o Lantai yang licin dan juga tab mandi boleh menyebabkan seseorang terjatuh.
Tangga
o Ini merupakan lubuk bahaya dalam rumah yang bertingkat
o Bagi melindungi kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang kecil, pintu kecil di tangga perlu dipasang untuk keselamatan
o Jangan tinggalkan barang-barang seperti alat permainan di atas tangga kerana ini boleh terpijak dan jatuh
Lantai
o Tumpahan cecair akan melicinkan lantai dan menambahkan risiko terjatuh
Bilik belajar
o Di dalam bilik ini, ibu bapa perlu lebih berhati-hati terhadap peralatan elektrik, hiasan yang digantung, bahan kimia dan perabot boleh mendatangkan bahaya.
o Alat tulis yang tajam seperti gunting boleh menjadi sangat berbahaya jika diambil main oleh kanak-kanak.
o Alat elektrik dalam bilik belajar perlu diberi perhatian agar kejutan elektrik tidak berlaku.
Dapur
o Peralatan dalam dapur dan aktiviti memasak selalu menyebabkan berlakunya kecederaan yang serius.
o Minyak masak yang panas, air mendidih, kuali panas, rempah dan jpisau boleh mewujudkan persekitaran yang sangat berbahaya kepada kanak-kanak.
Laman rumah
o Di samping menghadapi bahaya-bahaya semula jadi seperi ular, lipan dan juga serangga berbisa, kanak-kanak juga terdedah kepada bahaya buatan manusia seperti bahan kimia (baja),racun serangga dan juga peralatan berkebun.
o Kanak-kanak dalam laman rumah perlu dijaga agar tidak menyeberangi jalan raya dengan sesuka hati.
Bilik stor dan garaj
o Terdapat banyak barang-barang yang merbahaya disimpan di sini. Bahan kimia dan juga alatan pertukangan adalah barang yang paling kerap boleh mendatangkan kecederaan.
Mencegah kecederaan biasanya memerlukan penglibatan pelbagai disiplin dan pendekatan. Kanak-kanak (kurang daripada 14 tahun) dan wargatua (yang melebihi 65 tahun) merupakan golongan yang paling ramai mengalami kecederaan di rumah.
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

KEBERSIHAN MENGELAKKAN KERACUNAN MAKANAN


Media massa sering menyiarkan berita tentang keracunan makanan, terutamanya yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak sekolah yang makan di kantin atau di asrama sekolah.
Menteri kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam laporan media mengatakan bahawa, pada tahun 2009, sebanyak 303 kes keracunan makanan, manakala pada tahun 2010, sebanyak 313 kes keracunan makanan telah dilaporkan di seluruh negara. Beliau juga berkata sebanyak 50 peratus daripada 311 kes keracunan makanan yang dilaporkan sepanjang 2010, berlaku di kantin sekolah.
Keracunan makanan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia juga boleh membawa kematian kalau masalah keracunan yang dialami adalah kritikal, terutamanya kepada kanak-kanak yang masih lemah daya pertahanan diri mereka. Oleh itu keselamatan makanan hendaklah diberi perhatian.
Keselamatan makanan bermakna apabila makanan dimakan, ia tidak mengandungi bahan pencemaran pada paras yang berbahaya.  Semua orang, sama ada yang menghasilkan, mengeluarkan, mengedarkan, menyediakan atau memakan makanan, adalah sebahagian daripada rangkaian makanan.  Oleh itu, keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama yang memerlukan usaha setiap sektor,  iaitu kerajaan, industri makanan dan pengguna.

Salah satu sebab mengapa keracunan makanan sering berlaku adalah pengendalian makanan yang tidak sempurna di rumah. Mengendalikan makanan dengan cara yang selamat adalah penting untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan para pelanggan, terutama sekali ketika menyediakan makanan untuk bayi, kanak-kanak, wanita hamil, orang tua dan mereka yang menghidapi masalah imuno.  Golongan ini lebih mudah mendapat keracunan makanan daripada orang dewasa yang sihat.

Dengan melaksanakan beberapa amalan mudah dan baik, ia dapat mengelakkan pencemaran serta pertumbuhan dan pembiakan bakteria dalam makanan. Antara amalan tersebut ialah:
• Pilih makanan dengan teliti.
• Cuci dan simpan bersih.
• Asingkan makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak.
• Masak makanan dengan sepenuhnya.
• Simpan makanan pada suhu yang selamat.

Sebagai  pengguna ,  anda  mempunyai   kawalan  secara   langsung   ke   atas keselamatan makanan yang disediakan untuk diri dan keluarga anda.  Anda boleh melakukan ini dengan melengkapi diri anda dengan ilmu pengetahuan mengenai risiko keselamatan makanan, dan amalan makanan yang selamat bagi mengelakkan risiko tersebut.  Anda juga boleh menghadiri atau menghantar anak-anak anda untuk ceramah mengenai keselamatan makanan. Dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai, anda boleh memainkan peranan dalam melindungi kesejahteraan diri dan keluarga anda.

Industri makanan juga bertanggungjawab bagi keselamatan makanan yang ditawarkannya kepada pengguna. Pengeluar, pengimport dan pengedar makanan perlu mengekalkan piawaian keselamatan yang tinggi dengan mematuhi syarat-syarat yang ketat. Pengusaha industri makanan yang bertanggungjawab meningkatkan keyakinan awam terhadap produk mereka dengan merangkumkan program memastikan keselamatan makanan dan amalan kebersihan di dalam operasi mereka. 

Oleh kerana keracunan makanan di kantin sekolah menjadi isu yang hangat, pihak sekolah dan pengusaha kantin harus memainkan tanggungjawab bagi menggelakkan berlakunya keracunan makanan.

Antara langkah yang perlu diambil oleh pengusaha kantin adalah seperti berikut:
• Pengusaha kantin sekolah haruslah lebih bertanggungjawab tanpa mementingkan keuntungan
• Baki lebihan makanan tidak boleh dijual atau dihidangkan semula kepada murid-murid.
• Menjaga kebersihan diri pekerja dari segi pakaian, fizikal dan kesihatan.
• Penyediaan makanan hendaklah sempurna dengan memastikan bahan penyadiaan hendaklah dibersihkan dengan baik, sistem penyimpanan makanan hendaklah dikawal, bahan tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan dan bahan yang telah tercemar hendaklah dibuang secara teratur
• Persekitaran memasak hendaklah dipastikan sentiasa bersih, iaitu kawasan memasak/kantin (lantai) mesti bersih, kantin mesti berjauhan daripada tempat pembuangan sampah, sistem perparitan berhampiran kantin mesti bersih dan sempurna

Antara langkah yang harus dilakukan oleh pihak sekolah dalam menangani masalah ini adalah seperti berikut:
• Melakukan Pemantauan secara berterusan oleh pihak sekolah, sama ada secara secara berjadual atau secara mengejut.
• Mengenakan kompaun kepada pengusaha.
• Menggantung dan membatalkan lesen/tender pengusaha sehingga tahap piawaian kesihatan memuaskan.
• Menganjurkan ceramah kesedaran kepada kanak-kanak tentang betapa pentingnya keselamatan makanan dan bagaimana memastikan makanan yang mereka makanan adalah bersih dan selamat.

Forum Air Malaysia

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: USAHA-USAHA MELINDUNGI PENGGUNA OLEH KERAJAAN

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: USAHA-USAHA MELINDUNGI PENGGUNA OLEH KERAJAAN: "USAHA MELINDUNGI PENGGUNA Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai hak sebagai pengguna menjadi sebahagian agenda utama KPDNKK antaranya..."

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: Hak yang dimiliki oleh seoarang Pengguna

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: Hak yang dimiliki oleh seoarang Pengguna: "Karangan: Isu Hak Pengguna Apakah hak pengguna? Hak untuk mendapatkan keselamatan Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran b..."

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: What must I remember as a guarantor ?

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: What must I remember as a guarantor ?: "NASIB PENJAMIN APABILA PEMINJAM GAGAL MENJELASKAN BAYARAN

Penjamin sering mangsa apabila peminjam gagal membuat bayaran balik pinja..."

Thursday, July 21, 2011

Ranking Universiti Terbaik Dunia 2011-Malaysia Di Mana?

Bukan senang universiti dari Malaysia nak masuk dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia.Universiti Malaya berjaya menduduki tangga 180 pada tahun 2009, sebelum jatuh ke tangga 207, untuk tahun 2010.
Berdasarkan keputusan yang baru dikeluarkan oleh The Times Higher Education, tiada satu pun universiti dari Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, dan Universiti Teknologi Malaysia, yang berada didalam kelompok 200 univeristi terbaik tahun 2011.
Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan tahun lepas oleh QS World University Rankings 2010:
207. Universiti Malaya (sebelumnya – 180)
263. Universiti Kebangsaan Malaysia (sebelumnya – 291)
309. Universiti Sains Malaysia (sebelumnya – 314)
319. Universiti Putra Malaysia (sebelumnya – 345)
365 Universiti Teknologi Malaysia (sebelumnya – 320)
Untuk tahun 2011, belum ada keputusan dari QS World Univeristy Ranking. Berikut di bawah pula adalah senarai 5 universiti terbaik dunia 2011, dimana, kesemuanya dimonopoli oleh universiti dari Amerika.
  1. Harvard Univeristy-(United States)
  2. California Institute of Technology-(United States)
  3. Massachusetts Institute of Technology-(United States)
  4. Stanford University-(United States)
  5. Princeton University-(University States)
Manakala ini pula adalah senarai Universiti terbaik Asia 2011:
  1. University of Hong Kong-(Hong Kong)
  2. University of Tokyo-(Japan)
  3. Pohang University of Science and Technology-(Korea)
  4. National University of Singapore-(Singapore)
  5. Peking University-(China)

Top 50 Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2011

http://beritasemasa.com/ranking-universiti