Monday, August 22, 2011

KEWARGANEGARAAN / Warna kad pengenalan

Warna kad penganalan:

1. Biasa ( Biru )           : warganegara
2. Ada jalur hijau       : pemastautin sementara
3. Ada jalur merah     : pemastautin tetap
4. Ada jalur coklat     : warganegara tetapi bekas banduan.
(yang bekas banduan warganegara asing tidak dibenarkan masuk ke Malaysia lagi. Mereka akan diusir keluar selepas tamat hukuman penjara di Malaysia)
KUAT KUASA UNDANG-UNDANG
1.Lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963), warganegara Persekutuan Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak. Jadi warganegara Malaysia pada hari Malaysia.
2. Lahir di Malaysia pada atau selepas hari Malaysia. (Prinsip Jus Soli)
3. Lahir dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ketika berada di ruang udara antarabangsa dan laut antarabangsa berhak menjadi warga negara Malaysia.
PENDAFTARAN:
A1. Isteri atau anak kepada warganegara Malaysia memohon menjadi W/N melalui cara ini.
2. Isteri itu mesti menetap di sini selama 2 tahun, berniat bermastautin tetap, berkelakuan baik dan didaftarkan perkahwinan di Malaysia.
Wanita itu diberi status pemastautin sementara, dan diikuti pemastautin tetap dahulu.
B1. Anak kurang daripada 21 tahun, ibu/bapa adalah warganegara Malaysia.
CKelonggaran
seseorang yang tinggal atau lahir dalam persekutuan, Sabah dan Sarawak, sebelum hari Merdeka (31 Ogos 1957) melebihi 21 tahun dan belum mendapat kerakyatan boleh memohon dengan syarat:
• 10-12 tahun tinggal di sini.
berniat menetap tetap di sini.
berkelakuan baik.
memadai dalam penguasaan bahasa Melayu.
pemohon mesti mengambil sumpah taat setia kepada YDPA.
NATURALISASI/MASUKAN: berumur lebih 21 tahun, bukan warganegara Malaysia
1. berniat tinggal tetap.
2. berkelakuan baik.
3. memadai dalam penguasaan bahasa Melayu dan
4. tinggal di sini buat satu tempoh.
(pemohon mesti sumpah taat setia kepada YDPA.)
PENCANTUMAN WILAYAH
Negara Malaysia tidak melibatkan cara ini.

Friday, August 19, 2011

Telefon pintar: Jangan Sampai Pengguna yang Tidak Pintar !

KEPINTARAN telefon pintar tidak dapat dinafikan apabila kini perkakas ini menjadi teman 24 jam sehari kepada penggunanya. Berdasarkan statistik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga tahun 2010, 50 peratus daripada 33.4juta pengguna telefon bimbit di Malaysia telah beralih arah dari telefon mudah alih kepada telefon pintar.“Dari jumlah ini, 30 peratus menggunakan 3G dan hanya 15 peratus pengguna yang benar-benar menggunakan sepenuhnya aplikasi yang ditawarkan telefon pintar. “Selebihnya sekadar memiliki, guna untuk buat panggilan dan hantar pesanan ringkas (sms) sahaja,” kata Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia, Azli Paat kepada Mingguan mStar.
Azli berkata situasi seperti ini berlaku kerana penggunaan telefon pintar di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia menjurus kepada trend dan gaya hidup, bukan mengikut keperluan dan fungsi.“Telefon pintar tak dapat dipisahkan dengan Internet. Tanpa Internet, telefon pintar tak lagi dianggap pintar,” katanya.Situasi yang berlaku ini menyimpang daripada matlamat sebenar telefon pintar dicipta iaitu bagi memudahkan manusia menjalani rutin harian, tidak sekadar memberi hiburan semata-mata.
Pengguna yang memanfaatkan sepenuhnya telefon pintar akan melayari Internet, menghantar emel, melayari laman sosial, mencari peta dan kedudukan, merakam gambar dan video serta memuat turun lagu.“Tidak hairanlah caj servis dan langganan yang dikenakan syarikat telekomunikasi agak tinggi menyebabkan kebanyakan pengguna telefon pintar hanya mampu membeli tetapi tidak mampu menanggung bil bulanan,” katanya.
Tambahnya, pengaruh jenama dan pemilik telefon pintar sekeliling juga membuatkan kebanyakan pengguna teruja memilikinya walau tidak tahu memanfaatkannya.
“Pengguna Blackberry misalnya, mereka tak langgan pelan data yang membolehkan mereka berhubung dengan pengguna Blackberry lain secara percuma.“Pengguna iPhone pula ada yang tak ambil servis Internet sedangkan iPhone dicipta khusus untuk mereka yang sering melayari Internet,” katanya.

Kuatnya tarikan telefon pintar

Kegilaan pengguna terhadap telefon pintar mempunyai kaitan dengan perubahan zaman, pangkat dan kedudukan.Azli berkata teknologi yang sentiasa berkembang dan aplikasi telefon pintar yang sering dinaik taraf menyebabkan sesebuah model telefon mampu bergelar ‘pintar’ hanya dalam tempoh enam hingga lapan bulan sahaja.

Jika 10 tahun lalu jenama atau kereta mewah melambangkan ketinggian status seseorang, kini telefon bimbit turut menjadi kayu pengukur status.“Telefon pintar boleh dibawa ke mana-mana tak macam kereta atau banglo besar. Walau tanpa bateri atau tanpa servis Internet, tapi bila ia diletakkan atas meja di kedai makan, secara tak langsung pelanggan sekeliling akan melihat individu tersebut sebagai individu berstatus tinggi.

“Dulu, kita tak rasa hairan kalau emel lambat dibalas, tapi hari ini kita akan rasa pelik bila si penerima emel susah membalas emel,” dia memberi contoh. Kepintaran telefon bimbit jenis ini juga tidak dapat dinafikan apabila ia mampu mengubah tabiat masyarakat dan konsep penggunaan laman sosial. Dalam diam telefon pintar menjadi sebahagian daripada Facebook, Twitter, Foursquare dan sebagainya.“Masa khutbah Jumaat, biasanya khatib berpesan supaya jemaah tak berkata-kata. Bila ada telefon pintar, wujud pula larangan menghantar sms atau melayari Internet,” katanya.

Pintar dan sensitif

Walaupun setiap individu berhak memilih sama ada mahu menggunakan telefon pintar atau sebaliknya, mahu melanggan pakej Internet atau tidak untuk telefon pintar masing-masing, kepintaran penggunanya tetap dianggap penting.Menurut Azli, pengguna perlu mempelajari selok-belok telefon pintar mereka kerana tanpa kebijaksanaan, tidak mustahil mereka akan mengalami kerugian dan mungkin tertipu sama ada secara sedar atau tidak.

Aspek yang patut diketahui termasuklah penjagaan, kecekapan memilih pakej mengikut kegunaan dan kemampuan mengawal penggunaannya. Berbanding telefon bimbit biasa, telefon pintar lebih sensitif dan memerlukan penjagaan rapi kerana banyak perisian dan komponen kecil dimasukkan ke dalamnya. “Guna telefon pintar sama macam guna komputer. Bezanya guna komputer ada kelas belajar komputer, tapi guna telefon pintar tak ada kelas,” katanya.

Jelasnya ramai pengguna seolah-olah tidak ambil tahu caj-caj yang dikenakan syarikat telekomunikasi terhadap mereka sehingga menyebabkan berlakunya ‘kebocoran wang’.“Telefon pintar tidak sekadar panggilan keluar-masuk, tetapi juga melibatkan penggunaan data. Tidak seperti panggilan telefon yang dicaj mengikut minit, penggunaan data pula sukar dikesan saiznya. “Muat turun data yang melebihi had membuatkan pengguna perlu membayar lebih,” katanya.

Tambahnya, pengguna telefon pintar perlu arif tentang servis, pakej dan langganan dari syarikat telekomunikasi. “Syarikat komunikasi biasanya tak akan beritahu pelanggan kalau mereka ubah tarif. Begitu juga penggunaan melebihi had,” katanya.

Friday, August 12, 2011

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: Jata Negara Dulu dan Kini

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: Jata Negara Dulu dan Kini: "Digunakan sejak tahun 1895-1948. Digunakan dari tahun 1948-1963 Digunakan antara tahun 1963-1965 (sebaik penubuhan Malaysia ) Di..."

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: Simbol Negara ! Tahukah anda ?

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: Simbol Negara ! Tahukah anda ?: "Jalur Gemilang Pereka : Encik Mohamad Hamzah, seorang arkitek kerajaan Johor. Warna merah : keberanian. Warna Biru : Perpaduan rakyat berbil..."

Wednesday, August 10, 2011

BERWASPADA DENGAN BAHAYA DI RUMAH

Rumah sepatutnya merupakan sebuah tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Namun, rumah tidak lari daripada mempunyai pelbagai risiko yang boleh mendatangkan kecederaan kepada penghuninya, sama ada di dalam atau di luar kawasan rumah.
Kebanyakan kemalangan dan kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak di rumah sebenarnya dapat dielakkan jika perkara penting berkaitan aspek keselamatan diambil berat dan diberi perhatian.
Ketidakupayaan kanak-kanak berfikir seperti orang dewasa menyebabkan, perkara yang pada pandangan ibu bapa tidak berbahaya, menjadi bencana yang boleh membawa kecederaan, kecacatan kekal dan lebih teruk lagi maut kepada kanak-kanak.
Apa yang dimaksudkan kecederaan?
Kecederaan adalah seperti jatuh, keracunan, lemas, terbakar, melecur, tercekik dan terkena kejutan elektrik.
Namun, kecederaan yang kerap berlaku di rumah ialah kebakaran, jatuh dan melecur.
Jenis kecederaan
Jatuh - anak yang jatuh dari ketinggian dua atau tiga kaki (0.6 hingga 0.9 meter) boleh cedera teruk. Antara kawasan berbahaya yang boleh menyebabkan kanak-kanak jatuh ialah tangga, tingkap dan beranda. Ibu bapa mesti sentiasa berwaspada dan memberi perhatian kepada prinsip yang boleh mengelakkan kecederaan.
Keracunan - minyak tanah, ubat-ubatan, cecair membasuh rumah, alat solekan dan ubat membunuh tikus adalah racun yang sering termakan oleh kanak-kanak. Semua racun ini boleh mengakibatkan maut. Apabila anak pandai berjalan, mereka akan cuba makan apa saja yang di jumpa mereka termasuk racun. Oleh itu, ibu bapa mesti memastikan rumah mereka selamat untuk anak-anak mereka.
Lemas - kebanyakan kanak-kanak yang mati lemas di Malaysia berlaku ketika mereka berenang atau jatuh ke dalam sungai, kolam air dan laut. Adakalanya mereka lemas kerana diabaikan di dalam bilik mandi. Ibu bapa mesti berwaspada dan memahami bahawa seorang kanak-kanak boleh lemas apabila dibiarkan seketika saja walaupun air pada paras 6 sentimeter saja
Kebakaran dan melecur - kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini memerlukan rawatan di hospital. Ini kerana melecur biasanya membabitkan kawasan kulit yang besar. Anak yang kecil sering melecur akibat tercurah cecair panas manakala anak yang lebih besar sering terbakar akibat bermain api. Kebanyakan kes melecur di rumah berlaku di dapur.
Bahaya di dalam rumah
Bilik Tidur
o Selalunya dianggap sebagai tempat yang paling selamat
o Selalu memeriksa benda-benda yang terdapat di atas katil seperti bantal dan selimut. Ini dapat mengurangkan kejadian lemas pada kanak-kanak semasa tidur.
o Bilik tidur yang mempunyai peralatan elektrik seperti televisyen perlu diberi perhatian.
Bilik mandi
o Awasi anak anda semasa mandi di dalam tab mandi atau menggunakan air dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun paras air yang hanya sedalam 5 cm
o Pisau cukur (manual atau elektrik) dan juga bahan kimia yang boleh menyebabkan kecederaan perlu disimpan dengan betul sekiranya tidak digunakan.
o Lantai yang licin dan juga tab mandi boleh menyebabkan seseorang terjatuh.
Tangga
o Ini merupakan lubuk bahaya dalam rumah yang bertingkat
o Bagi melindungi kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang kecil, pintu kecil di tangga perlu dipasang untuk keselamatan
o Jangan tinggalkan barang-barang seperti alat permainan di atas tangga kerana ini boleh terpijak dan jatuh
Lantai
o Tumpahan cecair akan melicinkan lantai dan menambahkan risiko terjatuh
Bilik belajar
o Di dalam bilik ini, ibu bapa perlu lebih berhati-hati terhadap peralatan elektrik, hiasan yang digantung, bahan kimia dan perabot boleh mendatangkan bahaya.
o Alat tulis yang tajam seperti gunting boleh menjadi sangat berbahaya jika diambil main oleh kanak-kanak.
o Alat elektrik dalam bilik belajar perlu diberi perhatian agar kejutan elektrik tidak berlaku.
Dapur
o Peralatan dalam dapur dan aktiviti memasak selalu menyebabkan berlakunya kecederaan yang serius.
o Minyak masak yang panas, air mendidih, kuali panas, rempah dan jpisau boleh mewujudkan persekitaran yang sangat berbahaya kepada kanak-kanak.
Laman rumah
o Di samping menghadapi bahaya-bahaya semula jadi seperi ular, lipan dan juga serangga berbisa, kanak-kanak juga terdedah kepada bahaya buatan manusia seperti bahan kimia (baja),racun serangga dan juga peralatan berkebun.
o Kanak-kanak dalam laman rumah perlu dijaga agar tidak menyeberangi jalan raya dengan sesuka hati.
Bilik stor dan garaj
o Terdapat banyak barang-barang yang merbahaya disimpan di sini. Bahan kimia dan juga alatan pertukangan adalah barang yang paling kerap boleh mendatangkan kecederaan.
Mencegah kecederaan biasanya memerlukan penglibatan pelbagai disiplin dan pendekatan. Kanak-kanak (kurang daripada 14 tahun) dan wargatua (yang melebihi 65 tahun) merupakan golongan yang paling ramai mengalami kecederaan di rumah.
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

KEBERSIHAN MENGELAKKAN KERACUNAN MAKANAN


Media massa sering menyiarkan berita tentang keracunan makanan, terutamanya yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak sekolah yang makan di kantin atau di asrama sekolah.
Menteri kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam laporan media mengatakan bahawa, pada tahun 2009, sebanyak 303 kes keracunan makanan, manakala pada tahun 2010, sebanyak 313 kes keracunan makanan telah dilaporkan di seluruh negara. Beliau juga berkata sebanyak 50 peratus daripada 311 kes keracunan makanan yang dilaporkan sepanjang 2010, berlaku di kantin sekolah.
Keracunan makanan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia juga boleh membawa kematian kalau masalah keracunan yang dialami adalah kritikal, terutamanya kepada kanak-kanak yang masih lemah daya pertahanan diri mereka. Oleh itu keselamatan makanan hendaklah diberi perhatian.
Keselamatan makanan bermakna apabila makanan dimakan, ia tidak mengandungi bahan pencemaran pada paras yang berbahaya.  Semua orang, sama ada yang menghasilkan, mengeluarkan, mengedarkan, menyediakan atau memakan makanan, adalah sebahagian daripada rangkaian makanan.  Oleh itu, keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama yang memerlukan usaha setiap sektor,  iaitu kerajaan, industri makanan dan pengguna.

Salah satu sebab mengapa keracunan makanan sering berlaku adalah pengendalian makanan yang tidak sempurna di rumah. Mengendalikan makanan dengan cara yang selamat adalah penting untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan para pelanggan, terutama sekali ketika menyediakan makanan untuk bayi, kanak-kanak, wanita hamil, orang tua dan mereka yang menghidapi masalah imuno.  Golongan ini lebih mudah mendapat keracunan makanan daripada orang dewasa yang sihat.

Dengan melaksanakan beberapa amalan mudah dan baik, ia dapat mengelakkan pencemaran serta pertumbuhan dan pembiakan bakteria dalam makanan. Antara amalan tersebut ialah:
• Pilih makanan dengan teliti.
• Cuci dan simpan bersih.
• Asingkan makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak.
• Masak makanan dengan sepenuhnya.
• Simpan makanan pada suhu yang selamat.

Sebagai  pengguna ,  anda  mempunyai   kawalan  secara   langsung   ke   atas keselamatan makanan yang disediakan untuk diri dan keluarga anda.  Anda boleh melakukan ini dengan melengkapi diri anda dengan ilmu pengetahuan mengenai risiko keselamatan makanan, dan amalan makanan yang selamat bagi mengelakkan risiko tersebut.  Anda juga boleh menghadiri atau menghantar anak-anak anda untuk ceramah mengenai keselamatan makanan. Dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai, anda boleh memainkan peranan dalam melindungi kesejahteraan diri dan keluarga anda.

Industri makanan juga bertanggungjawab bagi keselamatan makanan yang ditawarkannya kepada pengguna. Pengeluar, pengimport dan pengedar makanan perlu mengekalkan piawaian keselamatan yang tinggi dengan mematuhi syarat-syarat yang ketat. Pengusaha industri makanan yang bertanggungjawab meningkatkan keyakinan awam terhadap produk mereka dengan merangkumkan program memastikan keselamatan makanan dan amalan kebersihan di dalam operasi mereka. 

Oleh kerana keracunan makanan di kantin sekolah menjadi isu yang hangat, pihak sekolah dan pengusaha kantin harus memainkan tanggungjawab bagi menggelakkan berlakunya keracunan makanan.

Antara langkah yang perlu diambil oleh pengusaha kantin adalah seperti berikut:
• Pengusaha kantin sekolah haruslah lebih bertanggungjawab tanpa mementingkan keuntungan
• Baki lebihan makanan tidak boleh dijual atau dihidangkan semula kepada murid-murid.
• Menjaga kebersihan diri pekerja dari segi pakaian, fizikal dan kesihatan.
• Penyediaan makanan hendaklah sempurna dengan memastikan bahan penyadiaan hendaklah dibersihkan dengan baik, sistem penyimpanan makanan hendaklah dikawal, bahan tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan dan bahan yang telah tercemar hendaklah dibuang secara teratur
• Persekitaran memasak hendaklah dipastikan sentiasa bersih, iaitu kawasan memasak/kantin (lantai) mesti bersih, kantin mesti berjauhan daripada tempat pembuangan sampah, sistem perparitan berhampiran kantin mesti bersih dan sempurna

Antara langkah yang harus dilakukan oleh pihak sekolah dalam menangani masalah ini adalah seperti berikut:
• Melakukan Pemantauan secara berterusan oleh pihak sekolah, sama ada secara secara berjadual atau secara mengejut.
• Mengenakan kompaun kepada pengusaha.
• Menggantung dan membatalkan lesen/tender pengusaha sehingga tahap piawaian kesihatan memuaskan.
• Menganjurkan ceramah kesedaran kepada kanak-kanak tentang betapa pentingnya keselamatan makanan dan bagaimana memastikan makanan yang mereka makanan adalah bersih dan selamat.

Forum Air Malaysia

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: USAHA-USAHA MELINDUNGI PENGGUNA OLEH KERAJAAN

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: USAHA-USAHA MELINDUNGI PENGGUNA OLEH KERAJAAN: "USAHA MELINDUNGI PENGGUNA Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai hak sebagai pengguna menjadi sebahagian agenda utama KPDNKK antaranya..."

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: Hak yang dimiliki oleh seoarang Pengguna

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: Hak yang dimiliki oleh seoarang Pengguna: "Karangan: Isu Hak Pengguna Apakah hak pengguna? Hak untuk mendapatkan keselamatan Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran b..."

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: What must I remember as a guarantor ?

Gerbang Sejarah PA Cikgu Chua: What must I remember as a guarantor ?: "NASIB PENJAMIN APABILA PEMINJAM GAGAL MENJELASKAN BAYARAN

Penjamin sering mangsa apabila peminjam gagal membuat bayaran balik pinja..."